Tanaman

Cara tanam ubi keledek mudah di rumah DIY

Umi
Umi
13 Mac 2020 ยท 3 min baca
Cara tanam ubi keledek mudah di rumah DIY

Ubi keledek, stelo/ketela atau nama saintifiknya Ipomoea batatas sejenis pohon yang menjalar dan mengeluarkan buah di dalam tanah. Sinonim di tempat kita dijadikan pelbagai kuih, masakan atau dimakan begitu saja dengan dibakar, direbus atau digoreng. Fuhh panas-panas memang sedap. Bagaimana pula proses untuk mula tanam ubi keledek ni? Mudah sahaja, kos murah serta penjagaannya tidak begitu cerewet. Bukan sahaja ubinya kita boleh makan, daunnya pun kita boleh buat sayur lemak, pedas dan goreng belacan tau. Jom kita mula huraikan cara-cara tanam keledek.

1. Pilih jenis keledek yang anda gemari.

Keledek ada beberapa jenis iaitu putih, kuning dan ungu. Yang ini biasa kita tengok dijual di pasar.

varieti-keledek

Boleh beli di pasar ubi macam mana kita mahukan, boleh juga beli secara online. Ada link saya sertakan dibawah.

  1. Varieti keledek Cameron ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]
  2. Benih berakar ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]

2. Tanaman, asuhan dan pembajaan.

Bekas semaian kita boleh gunakan polybeg 16x16 pun sudah cukup atau boleh gunakan apa saja saiz bekas semaian yang lebih besar. Manakala untuk medium pula kita gunakan tanah kompos, nak guna peatmoss dengan campuran cocopeat pun boleh atau tanah biasa pun boleh asalkan tanah itu sesuai, tidak terlalu keras atau berselut dan basah.

keratan-keledek

Semaian melalui keratan batang yang dah berakar kita boleh tanam terus ke medium semaian, manakala untuk ubi yang kita potong perlu kita potong kecil-kecil dan masukkan dalam bekas dan kemudian masukkan air dan rendam selama 5 - 10 hari. Pastikan rendam air sedikit saja, separuh potongan keledek kita tu.

rendaman-keledek

Nak buat macam ni pun boleh, tp seeloknya potong la keledek tu, banyak sikit boleh semai hehe. Pucuk dan akar akan mula muncul seawal hari ke 5 sehingga ke 10.

Setelah itu kita boleh buat pemilihan mana yang bagus pucuk dan akar terus masukan ke medium semaian yang telah kita siapkan. Semaian tu boleh juga pakai guni ganti polybeg, nak tuai nanti koyakkan saja guni tersebut hihi.

Bila dah semai anda dah boleh mula siram sehari sekali jika anda tanam atas tanah dengan membuat batas, dan kawasan tersebut agak kering. Jika ada gunakan bahan medium seperti kita sebutkan diatas dan medium kita agak lembab tidak perlu anda siram hari-hari.

Untuk pembajaan pula anda boleh gunakan baja Milagro atau baja kopi 888, dengan cara tabur di dalam medium dan siram supaya nutrien dari baja tersebut meresap masuk ke dalam medium anda.

  1. Baja Milagro ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]
  2. Baja Kopi 888 [Beli disini]
  3. Polybag [Beli disini]
  4. Tanah Kompos ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini] [Beli disini]
  5. Cocopeat ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]
  6. Peatmoss ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]
  7. Penggalak Akar ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]

3. Kawalan penyakit

Untuk kawalan penyakit kita akan gunakan bahan biasa yang kita gunakan iaitu cuka kayu dan racun matado, cara bancuhan cuka kayu ialah 10ml cuka kayu campur dengan 1liter air dan buat semburan 2 minggu sekali. Sembur racun pada tanah sekitar pokok ubi, cukup sekadar pada tanah sahaja bagi mengelakkan dari siput babi dan ejen perosak tanah seperti kulat. Jika tidak dibendung ia akan beri kesan terhadap keledek kita, sama ada isinya rosak atau pokoknya mati.

  1. Racun Matado Milagro ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]
  2. Cuka Kayu Pertanian ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ [Beli disini]

5. Tuaian keledek

Kita boleh mula tuai keledek seawal bulan ke 4 hingga 7 bulan, proses tuaian dimulakan dengan membersih daun dan batang keledek sekitar medium. Simpan keratan batang untuk tanaman seterusnya dan gali medium anda untuk mendapatkan hasilnya. Untuk tanaman seterusnya anda perlu ulang saja dari langkah pertama. Selamat mencuba โœจ.

Umi
By Umi
Share:

Comments